10:32 PTG | Posted in


Killer product  "TIENS Dream Bio-Energy Health Mattress" atau "Tilam Kesihatan Bio-Energy TIENS Dream".

Ia mempunyai :
Kesan Magnet
Kesan sinaran infra merah jauh
Kesan ion negatif

KELEBIHAN :
- Membolehkan anda mencapai kesihatan melalui tidur yang berkualiti

7 Kelebihan Utama Tilam Kesihatan Bio-Energy TIENS Dream :

1. Mengaktifkan Molekul Air

* Sinaran infra merah jauh dapat menggetarkan molekul air supaya ia bergerak aktif. Ini akan meningkatkan peredaran oksigen dalam badan, membantu melambatkan proses menuaan.

2. Mengaktifkan sel dan membantu metabolisme
* Tilam kesihatan ini dapat meningkatkan bilangan ion-ion negatif dalam darah. Peningkatan aktiviti antara ion di dalam dan lapisan luar sel membolehkan zat yang secukupnya diangkut ke dalam sel dan semua bahan toksik disingkirkan untuk mencapai peningkatan metabolisme sel dan pemulihan sel. Ia juga dapat meningkatkan kandungan kalsium dalam darah, menguatkan otot terutamanya otot hati. Jantung menjadi lebih sihat dan sistem pencernaan diperkuatkan.

3. Membersihkan darah dan menyeimbangkan pH darah
* Sinaran infra merah jauh dapat mengubah darah bersifat asid menjadi alkali lemah. Jika digabungkan dengan ion negatif, ia dapat meningkatkan kesan pembersihan darah. Apabila bilangan ion positif dan ion negatif disebarkan ke seluruh badan, ion dalam darah dan bahan mineral dalam badan (natrium, kalsium, kalium) akan dicantumkan, Melalui penggunaan tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream, ion negatif dalam badan akan meningkatkan kalsium dan kalium dalam darah, mengekalkan kealkalian lemah darah dan memulihkannya kepada keadaan normal. Apabila darah bertambah bersih, ia akan memperbaiki keadaan kulit, mengelakkan pengerasan saluran darah dan artritis, kekurangan kalsium dan keasidan air kencing.

4. Meningkatkan Tenaga Badan
* Pancaran infra merah jauh dari tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream dapat memperbaiki aliran darah, menguatkan organ badan dan kesihatan secara keseluruhan.

5. Menyeimbangkan sistem saraf automatik
*Kesan yang menakjugkan daripada ion negatif tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream dapat menyelengara sistem saraf automatik badan. Saraf automatik mengawal semua organ, kelenjar, saluran darah dan lain-lain yang tidak memerlukan kawalan badan dan dapat bertindak balas dengan spontan. Ia merupakan fungsi asas dalam kehidupan. Maka ia juga dikenali sebagai Saraf Kehidupan. Fungsi saraf automatik dapat dipertingkatkan melalui penyerapan ion negatif dalam badan. Ion negatif amat berguna dalam membantu ketidakseimbangan saraf automatik akibat gaya hidup yang sibuk dan moden. Seterusnya, ia membantu sistem kelenjar yang mempunyai kaitan rapat dengan saraf automatik untuk membaiki kebolehan membina darah.
*Ion negatif dalam daripada tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream amat berkesan terhadap kebanyakan penyakit kronik. Pertambahan ion negatif dalam badan dapat mebaiki cecair badan, sel dan fungsi saraf. Ini dapat memperbaiki fungsi organ dan tisu, menyelenggara ketidakseimbangan sistem kelenjar dan saraf automatik. Ia juga memperbaiki pelbagai fungsi badan dan membantu mengubati penyakit kronik.

6. Mengekalkan suhu badan
* Struktur dan fungsi unik tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream yang khusus dapat meningkatkan kekenyalan saluran darah untuk mengawal suhu badan pada bila-bila masa.

7. Meningkatkan peredaran darah dan ketahanan badan
* Penggunaan berterusan tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream dapat mengekalkan molekul air, mengurangkan kepekatan darah, membaiki kekakuan tangan, kaki, pinggang dan bahu, penyakit darah tinggi dan rendah serta saluran darah tersumbat. Bersama dengan pertambahan bilangan ion negatif, sel darah putih akan bertambah dan meningkatkan daya ketahanan penyakit. Pada masa yang sama, keupayaan pemulihan luka juga dipertingkatkan.

Rahsia TIENS Dream :
- Terdapat 380 kepingan batu batan yang terdiri daripada 3 jenis batu berlainan iaitu GERMANIUM, TOURMALINE dan ZAMRUD.

1. GERMANIUM
- Juga dikenali sebagai batu sinaran infra merah jauh. Ia dihasilkan daripada campuran germanium, batu kuarza, pasir, feldspar, tanah liat dan seramik. Kemudian ia dibakar di bawah suhu 1300C dengan teknologi tinggi, Selepas diproses, kekuatan kuasa pancaran sinaran infra merah jauhnya jauh melebihi kebanyakan batu.

2. TOURMALINE
- Batu kristal yang paling kuat tenaganya. Tourmaline mempunyai 2 sifat penting :
Sifat elektrik panas (Pyroelectricity) dan
Sifat elektrik tekanan (Piezoelectricity)
Dalam suhu yang berbeza-beza, sifat elektrik panas akan menghasilkan cas positif dan cas negatif. Sifat elektrik tekanan pula akan menghasilkan cas negatif yang akan mengeluarkan ion negatif apabila bergabung dengan molekul udara.

3. Zamrud
- Sejenis batu semulajadi yang memancarkan sinaran infra merah jauh, dan telah digunakan sebagai hiasan kesihatan sejak beribu tahun dahulu. Ia digunakan secara meluas dalam membantu peredaran darah, melambatkan proses penuaan, meningkatkan daya imun badan dan mengurangkan keletihan. Melalui penyelidikan, zamrud juga mengandungi pelbagai unsur penting seperti kalsium, besi, kalium dan magnesium.


Teori Terapi Magnet
:

* Bumi ialah satu medan magnet semulajadi. Manusia juga merupakan medan magnet yang dihasilkan melalui bio-elektrik badan sendiri. Dalam keadaan normal, electron dan ion akan berfungsi dalam keadaan seimbang. Jika keseimbangan ini terganggu, aliran dari pengagihan dalam sel akan akan terganggu juga dan akan menjadi punca kepada kebanyakan penyakit akibati gangguan fungsi organ badan. Bio-magnetik yang dihasilkan daripada tilam TIENS Dream dapat memulihkan keseimbangan dan membaiki ogan yang rosak.

* Seseorang yang sihat mempunyai ion positif dan negatif yang seimbang. Kini manusia sering berada dalam kereta dan bergiat dalam bangunan tinggi. Di samping itu juga penggunaan barangan elektrik, elektrik berkuasa tinggi dan komputer yang berlebihan mendedahkan kita terhadap medan magnet yang positif. Nisbah pengambilan daging yang tinggi serta makanan bersifat asid akan turut menganggu keseimbangan ion positif dan negatif serta sistem metabolism. Sebaliknya kesan medan magnet negatif akan memulihkan metabolism dan fungsi badan.

* Kini daya magnet positif yang berlebihan akan diseimbangkan oleh tilam kesihatan Bio-Energy TIENS Dream yang mempunyai medan magnet negatif untuk mengawal medan magnet badan dan memulihkan peredaran darah.

Pancaran kehidupan
Apakah Sinaran infra merah jauh

* Matahari adalan sumber kehidupan di bumi. 80% daripada sinaran matahari adalah sinaran infra merah jauh yang mempunyai pancaran elektro magnet sejauh 4-1000 mikrometer. Sinaran infra merah jauh menghasilkan haba yang boleh disimpan dan dipancar semula berbanding dengan sinaran biasa yang tidak berhaba dan tidak dapat disimpan.

Kebaikan Sinaran Infra Merah terhadap badan manusia.

1. Mengaktifkan molekul air

* 70% badan manusia terdiri daripada air. Nisbah cecair dalam darah adalah setinggi 80%. Sinaran infra merah jauh mempunyai gema yang sama dengan molekul air di mana molekul air akan berpecah menjadi molekul yang kecil yang dapat meningkatkan aliran cecair badan dan seterusnya meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila sel diaktifkan, ia akan meningkatkan kecergasan, ketahanan badan dan melambatkan proses penuaan.

2. Membaiki sistem peredaran mikro
* Gemaan molekul air dan sinaran infra merah jauh akan menghasilkan haba yang akan mengembangkan kapilari darah, memperbaiki aliran drah, meningkatkan suhu badan dan mengurangkan tekanan jantung. Pemulihan fungsi kapilari adalah paling penting kerana kapilari membekalkan oksigen dan nutrien ke sel-sel badan. Ia juga amat penting dalam proses metabolisme dan peredaran mikro. Kegagalan sistem peredaran mikro mungkin menyebabkan pelbagai penyakit seperti ekanan darah tinggi, sakit jantung, tumor, artritis dan lain-lain lagi.

3. Membaiki metabolisme
* Jika sistem peredaran mikro dapat diperbaiki, bahan toksik akan disingkirkan melalui proses metabolisme untuk meringankan beban hati dan ginjal. Bahan toksik ini termasuk radikal bebas (penyebab barah), ion uranium (penyebab tekanan darah tinggi), asid urik, asid lemak dan sebagainya.

4. Menyeimbangkan pH badan
* Sinaran infra merah jauh membersihkan darah, membaiki keadaan kulit dan mengelakkan penyakit artritis yang disebabkan oleh asid urik berlebihan.

Ion Negatif
Apakah ion? Apakah ion negatif?
* Segala bahan terdiri daripada unsur yang paling kecil yang dikenali sebagai atom. Jika atom bercantum, ia akan menghasilkan molekul. Molekul bercas elektrik dikenali sebagai ion. Dalam keadaan biasa, ion akan mengekalkan keseimbangan dengan bilangan cas positif dan negatif yang sama. Jika kuasa tenaga ditambahkan, ion negatif akan diceraikan dan meninggalkan ion positif. Ion elektrik yang diceraikan akan bercantum dengan atom dan molekul lain untuk menghasilkan ion negatif.

Ion negatif dan kehidupan semula jadi
* Dalam alam semula jadi seperit hutan, pantai dan mata air panas, udara yang disedut terdiri daripada nisbah ion positif dan negatif yang tetap yang terdiri daripada 40-1000 ion negatif bagi setiap satu sentimeter padu (cc). Malangnya, kehidupan sibuk di kota telah mengurangkan bilangan ion negatif di udara dan menjejaskan kesihatan kita.

Kepentingan ion negatif terhadap badan manusia
* Bahagian dalam lapisan sel terdiri daripada ion negatif dan lapisan luar sel pula terdiri daripada ion positif. Jika ion negatif berkurangan dan ion positif bertambah, keupayaan sel untuk menyerap zat dan menyingkirkan bahan buangan akan terganggu. Ini mengakibatkan kelemahan fungsi badan, kehilangan kalsium, darah berasid, daya rintangan berkurangan dan kekurangan zat pada saraf. Hanya dengan keseimbangan kedua-dua ion positif, tenaga badan dan kecerdasan dapat dpertingkatkan dan serangan penyakit dapat dicegah.


1. Tiens adalah syarikan yang diiktiraf dunia dan ianya kukuh.
2. Produk yang berkualiti tinggi.
3. Reward yang tinggi dan boleh didapati secara percuma.
4. Plan yang mudah dijalankan



Category:
��
5:29 PTG | Posted in ,
��
3:48 PG | Posted in
Syarat untuk mendapatkan Blackberry PERCUMA :
1. Anda harus *4 atau *5
2. Anda Harus CL ( Core Leader )
3. Mempunyai SV ( Side Volume ) 18.000PV ( Indoensia ) 9000PV ( Malaysia )
" SV adalah omset diluar Group anda yang memiliki peringkat yang sama/lebih tinggi.
Bila di group anda tidak ada yang peringkatnya sama/lebih tinggi maka SV andalah current anda.

( untuk keterangan lanjut sila hubungi upline terdekat anda.
Category:
��

Grand OPP Tawau

Awards From Tianshi

Awards From Tianshi
Free Website Hosting